Wednesday, May 11, 2016

BELAJAR SEMULA SELEPAS BERBELAS TAHUN KERJA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Daku belajar semula selepas 12 tahun bekerja; 2 tahun dalam industri pembuatan dan 10 tahun genap di sektor awam... apakah perasaan dapat sambung belajar semula ye??? Alhamdulillah tentulah seronok tak terhingga ... Macam-macam perasaan singgah masa tu: 
  1. Teruja
  2. Gembira
  3. Berdebar
  4. Yakin ke ni? 
  5. Boleh ke? 
  6. Susah ke?
  7. Tak terlalu berumur? 
  8. Cepat lupa macam mana nak atasi?
  9. Ada kawan ke nanti?
  10. Jauh ke?
Daku bulatkan tekad, kuatkan azam dan semangat... Tentu tak boleh jika takat dengan usaha sendiri saja. Mesti banyak tawakal, mesti banyak mohon dan bergantung pada pembuka jalan rezeki pemilik ilmu sekelian alam Yang Maha Bijaksana ~ ALLAH Al-Hakim. Daku yakin ALLAH dah buka jalan, pasti ALLAH jua yang akan membantu memudahkan semua urusan serba-serbi daku belajar nanti. Jalan ini pasti tidak mudah; namun tiada yang mustahil asal saja kita punya keinginan dan tekad yang kuat in sya ALLAH. 

Hari pendaftaran UniKL - MIIT ~ Emak dan anakanda. Abah tulun snap.

Dan Alhamdulillah, memang betul seperti yang disangka, bukan saja ALLAH memudahkan urusan fisabillah menuntut ilmu, tapi urusan sekeliling yang berkaitan dengan nya turut ALLAH permudahkan... 

  • Dapat skip minggu orientasi sebab cuti rehat habis dan kelulusan cuti belajar separuh masa (CBSG) dari JPA bermula waktu sesi kelas bermula. Mesti JPA buat syarat macam ni sebab nak bagi peluang candidate habiskan semua baki cuti rehat sebelum mula kira CBSG. Tapi daku awal-awal dah habiskan CR sebab Neng balik Indon dan nak uruskan persekolahan anak-anak di sekolah baru;di tempat baru.

  • Bermula dengan urusan transfer credit, student lain kena come back dengan course outline, tapi Coordinator kata since awak dari UTM yakin dengan established nya UTM itu, Saya masih nak course outline tu, tapi bagi transfer dulu hmmm 31 credit daku dapat transfer banyak tu sampai habis semua subjek Sem 1 dan beberapa core subjek Sem 2. Seminggu juga ambil masa untuk urusan add drop subjek tapi berbaloi untuk di selesaikan. Cuma lepas transfer terpaksa join subjek dengan senior Sem 2 dan 3 pula hehehe mencabar juga tu... 

  • Rupanya stesen Dang Wangi paling dekat dengan kampus. Yeah tak perlu drive sendiri pergi kelas. Flyover KL menakutkan ku. Dapat pula diskaun 50% kad Pelajar RapidKL wah wah... jimat belanja

  • MyRapid Student :) 
  • Dapat guna scooter sedia ada pinjam mertua wah wah dok KL terus berani mencilok daku ni... Naik taraf jadi rider gitu... Seronok je menyelit barisan kereta panjang ke depan sampai garisan putih... Misi untuk memahirkan diri jalan KL pula lepas ni huhuhu seram nyer.. 
  • Rider baru KL hehehe Minah scooter
Banyak lagi sebenarnya nikmat yang ALLAH beri... Lebih besar nikmat yang daku perhatikan adalah nikmat MASA. Alhamdulillah... Dok di bandar besar, tak perlu kejar opis hour 8-5, tak perlu pindah kerja, tak perlu susah-susah adapt dengan suasana kerja baru, tak perlu bertungkus lumus kejar dateline, tak perlu wakil kan mesyuarat, tak perlu overtime, tak perlu semua-semua urusan kerja rutin tu tak perlu lagi buat masa ni rehat 4 tahun sepanjang tempoh pengajian. Hanya perlu fokus belajar, assignment, test dan final... Alhamdulillah terima kasih ALLAH mentakdirkan daku belajar sepenuh masa setelah berbelas tahun bekerja. Memang rehat sungguh fikiran ku :) Tenang.... sambil-sambil tu masa banyak boleh selit uruskan famili dan anak-anak :)

Sebenarnya masa tahun 2010 dah dapat tawaran Degree dari UTHM ~ Universiti Tun Hussein Onn tapi nun jauh di selatan tanah air, Batu Pahat sana. Hati memang gedik je nak pergi kata depa nanti graduate boleh jadi lecturer Poli hehehe Tapi masa tu faktor famili dan mungkin timing nya belum sesuai, maka daku let go dulu. Tak sangka tahun 2016 ni ALLAH hadirkan sekali lagi peluang tu namun dengan penyelesaian kepada beberapa pakej :) 

Jadi pada yang masih berfikir-fikir nak sambung study tu, toksah amik masa lama sangat... Kita tak tahu selagi kita tak coba. Yakinlah ALLAH bersama sangkaan hambaNya. Lagipun ada had umur contoh degree sebelum 45 tahun kalau tak silap. Emak yang beranak 4 ni boleh, korang pun mesti boleh. Tapi pastikan faktor lain seperti sokongan suami, mertua, ipar duai, adik bradik, anak-anak semua tu sudah sesuai untuk disesuaikan dengan zaman belajar yang padat itu. Takut-takut semangat tak kuat, tersadai kita nanti... :)

Pejam celik dah nak habis Sem 1 dah nak final dah minggu depan mula 18 Mei ni :) Esok-esok dah nak graduate pula hehehe

No comments: